KEMASUKAN PELAJAR MENGIKUT KOHOT MENGIKUT 6 KATEGORI | UPM HOUSING AND PLACEMENT DIVISION
» NEWS » KEMASUKAN PELAJAR MENGIKUT KOHOT MENGIKUT 6 KATEGORI

KEMASUKAN PELAJAR MENGIKUT KOHOT MENGIKUT 6 KATEGORI

4 Mac 2021, Serdang – Berikutan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara, Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan untuk membenarkan kemasukan semula pelajar ke kampus.

Kemasukan semula pelajar tersebut dibahagikan kepada enam kategori, iaitu;

  1. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas
  1. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian
  2. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
  3. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom
  4. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)
  5. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Walau bagaimanapun, Universiti Putra Malaysia telah meletakkan syarat kepada pelajar yang ingin pulang untuk mendapatkan kebenaran oleh Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) atau Dekan Fakulti untuk menjalani PdP dalam kampus sahaja.

Pergerakan pelajar pulang ke kampus ditetapkan mengikut zon iaitu Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara dan Zon Tengah. Manakala, bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak dibenarkan pulang mengikut tarikh tiket penerbangan mereka. Kemasukan pelajar mengikut zon ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan orang ramai semasa proses pendaftaran.

 

Selain itu, pelajar juga diminta untuk mengisi Borang Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 sebelum memasuki kampus. Perkara ini bertujuan untuk merekod dan memantau tahap kesihatan pelajar UPM. Sekiranya pelajar tersebut didapati bergejala, mereka akan diarahkan untuk pulang ke rumah dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan.

Selesai proses pendaftaran, tempoh isolasi selama 10 hari akan dijalani oleh setiap pelajar yang telah dipakaikan gelang kuarantin.  Pihak kolej kediaman telah mengarahkan agar pelajar sentiasa mengisi Borang Pemantauan Kesihatan Harian di bawah Pengawasan bagi memantau tahap kesihatan pelajar selama tempoh isolasi tersebut.

 

 

Date of Input: 17/04/2021 | Updated: 17/04/2021 | ma_husaini

MEDIA SHARING

UPM HOUSING AND PLACEMENT DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1316
-
SXDcQAn~