Program Hooves & Heart | BAHAGIAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN
» ARTIKEL » Program Hooves & Heart

Program Hooves & Heart

Hooves & Hearts: Mahasiswa UPM Dekati Dunia Ekuin Melalui Aktiviti Sukarelawan

 

SERDANG, 16 Februari 2026 – Majlis Pelajar Luar Kampus (MPLK) dengan kerjasama Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sebuah program kesukarelawanan unik yang berfokuskan kepada kebajikan haiwan iaitu "Hooves & Hearts: Program Sukarelawan Kandang Kuda 2026".

Program yang berlangsung di UPM Equine ini telah melibatkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli MPLK sendiri. Di bawah pimpinan Pengarah Program, saudari Edriana Ermilla binti Muhammad Harri, inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran luar bilik kuliah yang bersifat hands-on dan bermakna.

 

Pengalaman Praktikal Penjagaan Kuda

Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan oleh pihak pengurusan kandang bagi mendedahkan peserta kepada prosedur pengendalian kuda dan peraturan di kawasan kandang. Peserta kemudiannya terlibat secara aktif dalam pelbagai tugasan fizikal termasuklah:

  • Membersihkan kawasan kandang dan persekitaran bagi memastikan kebersihan terjamin.
  • Menyusun peralatan ekuin dengan sistematik.
  • Menyediakan dan mengagihkan makanan kepada kuda.
  • Aktiviti merapi kuda serta panduan pemasangan kekang kuda.

 

Memupuk Nilai Empati dan Sahsiah

Selain kemahiran teknikal, program ini berjaya memupuk nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, empati, dan disiplin dalam kalangan peserta melalui interaksi langsung dengan haiwan. Semangat kerja berpasukan dan komunikasi berkesan turut menjadi intipati utama sepanjang tugasan dilaksanakan dengan efisien oleh para sukarelawan.

 

Tarikh Input: 17/02/2022 | Kemaskini: 18/05/2026 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1316
-
X, (10:04:46pm-10:09:46pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]