SUKARELAWAN PUTRA Cakna SIAP SIAGA | BAHAGIAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN
» ARTIKEL » SUKARELAWAN PUTRA Cakna SIAP SIAGA

SUKARELAWAN PUTRA Cakna SIAP SIAGA

SUKARELAWAN PUTRA Cakna SIAP SIAGA

Oleh Nur Sahira Faghira

SERDANG, 23 Dis - Misi Sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir di bawah inisiatif PUTRA Cakna telah dilancarkan dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. UPM telah menghantar seramai 200 sukarelawan PUTRA Cakna ke lokasi banjir di sekitar Puchong, Subang, Petaling dan Sg. Buloh. 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata inisiatif PUTRA Cakna ini telah mewujudkan Bilik Operasi Bantuan Banjir (BOBB) di Kolej Canselor, UPM bagi menyelaras semua inisiatif bantuan dan juga penyediaan sukarelawan.  PUTRA Cakna ini selaras dengan hasrat Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melahirkan watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang dan juga Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.

Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut bersama-sama dalam misi ini dan mengharapkan misi sukarelawan ini dapat dicontohi oleh semua pihak terutamanya dalam membangkitkan semangat kesukarelawan dalam diri pelajar khususnya. 

UPM amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak terutamanya daripada warga UPM dan boleh menghubungi Sekretariat BOBB UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah atau En. Khairul Jusoh@Yusof di talian 03-97697505 untuk menyalurkan bantuan. 

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 27/12/2021 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1316
-
SXEeAAR~