SERDANG, 7 Mac 2026 – Majlis Pelajar Luar Kampus (MPLK) dengan kerjasama Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Majlis Iftar Madani Pelajar Luar Kampus 2026. Program yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta BPP ini telah menghimpunkan kira-kira 300 orang peserta dalam suasana ukhuwah yang erat.
Di bawah pimpinan Pengarah Program, saudari Edriana Ermilla binti Muhammad Harri, majlis ini bermatlamat untuk menerapkan nilai kebajikan dan keprihatinan sosial melalui aktiviti berbuka puasa bersama.
Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa biasa, malah ia dirangka bagi menyokong gagasan "True North" dan Pelan Strategik H.E.P.A UPM 2024. Secara khususnya, ia memfokuskan kepada:
Majlis dimulakan dengan kehadiran para pelajar dan staf BPP yang bersama-sama mengambil juadah berbuka puasa dalam suasana yang harmoni. Selain mengeratkan hubungan silaturahim, program ini turut mengukuhkan semangat kebersamaan dan menjaga kesejahteraan emosi dalam kalangan pelajar yang menetap di luar kampus.
Bagi memeriahkan lagi suasana, majlis turut dihadiri oleh penghuni Guest House dan kakitangan BPP. Seusai berbuka, para jemaah turut melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah sebagai pengisian rohani.
Tarikh Input: 24/06/2025 | Kemaskini: 19/05/2026 | ABDULHADI@PUTRA.UPM.EDU.MY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA