KEMASUKAN PELAJAR ASASI SESI 2020/2021 | UPM HOUSING AND PLACEMENT DIVISION
» NEWS » KEMASUKAN PELAJAR ASASI SESI 2020/2021

KEMASUKAN PELAJAR ASASI SESI 2020/2021

  

Pengurusan kemasukan pelajar asasi ke kolej Pendeta Za’ba UPM.

 

28 Mac, Serdang – Syarat yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) khusus kepada kemasukan pelajar ke universiti telah disambut baik oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Kategori yang telah ditetapkan oleh KPT memberikan khabar gembira terutamanya pelajar asasi yang sekian lama menanti untuk meneruskan pelajaran mereka di UPM.

Kemasukan pelajar Asasi bagi semester kedua di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini bermula dari 28 Mac hingga 31 Mac bagi sesi 2020/2021. Seramai 775 pelajar Asasi telah mula mendaftar masuk ke UPM dan telah ditempatkan di kolej Kolej Pendeta Za’ba (KPZ).

Kepulangan pelajar asasi yang telah ditetapkan mengikut zon ini telah disambut baik dan lebih sistematik bagi menyesuaikan dengan norma baharu. Walaupun bilangan kemasukan pelajar asasi adalah ramai namun dengan kerjasama daripada Bahagian Keselamatan, kawalan Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dilaksanakan dan diperketatkan lagi agar tidak berlakunya cluster baru disebabkan oleh  kehadiran pelajar yang datang dari seluruh Malaysia.

 Keterujaan dan keseronokan para pelajar dan ibu bapa jelas terpancar di wajah masing-masing semasa proses pendaftaran pada hari tersebut walaupun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh UPM.

Date of Input: 17/04/2021 | Updated: 17/04/2021 | ma_husaini

MEDIA SHARING

UPM HOUSING AND PLACEMENT DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1316
-
SXEbGAA~