Perjalanan Latihan Industri BPPUPM | UPM HOUSING AND PLACEMENT DIVISION
» ARTICLE » Perjalanan Latihan Industri BPPUPM

Perjalanan Latihan Industri BPPUPM

Perjalanan Latihan Industri BPPUPM

 Oleh: Siti Ruzana Rushahiri

            Bak kata orang, pengalaman mematangkan usia. Malah, usia menjadi satu titik penilaian terhadap kualiti hidup seseorang selain kematangan yang dipupuk ketika usia masih belum menjengah dewasa. Pengalaman dalam sesebuah perkara, tanpa mengira kecil atau besar merupakan satu aset yang tidak dapat dijual beli, mahupun diganti dengan apa pun. Begitulah saya sifatkan, pengalaman berada di Bahagian Perumahan dan Penempatan Universiti Putra Malaysia (BPPUPM). Walaupun, pertemuan kami singkat, tetapi tempoh itu cukup untuk meninggalkan bekas dalam memori saya.

            Sepanjang tiga bulan berada di BPPUPM sebagai pelajar Latihan Industri, segala pengalaman dan tunjuk ajar oleh staf BPPUPM menjadi panduan untuk menjadi pekerja yang lebih mahir dalam selok belok dunia pekerjaan, yang kian mencabar saban hari. Saya belajar untuk menjadi pekerja yang sentiasa memberikan komitmen lebih dalam setiap perkara yang diminta. Saya menghargai hubungan yang telah dibina, dan saya tidak akan melupakan segala kata-kata dan komen baik positif atau negatif yang dituturkan demi membetulkan persepsi dan cara kerja saya selama berada di BPPUPM.

            Berbicara tentang hubungan yang dibina selama berada di BPPUPM, semua staf yang berada di BPPUPM sangat mesra dan proaktif dalam memberikan tunjuk ajar. Tidak dinafikan tekanan kerja itu sentiasa ada kerana untuk memberikan kualiti kerja yang terbaik, kita memerlukan tekanan untuk mendidik kita berusaha ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Namun, hubungan yang telah dibina ini menjadikan perjalanan Latihan Industri di BPPUPM lebih bermakna dan terkatup kemas dalam lipatan hati.

            Maka, dengan peluang ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Mohamed Shukri Bin Mohamed Noor, Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan UPM telah telah memberikan saya peluang untuk menempa pengalaman di BPPUPM. Selain itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua staf di BPPUPM yang menjadikan perjalanan Latihan Industri lebih menarik setiap hari sepanjang berada di BPPUPM. Segala memori yang tercipta akan menjadi antara pengalaman yang indah dan baru sehingga ke akhirnya. Saya mengundurkan diri.

 

Barisan Pelajar Latihan Industri di BPPUPM

Date of Input: 17/04/2021 | Updated: 17/04/2021 | ma_husaini

MEDIA SHARING

UPM HOUSING AND PLACEMENT DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1316
-
SXEaXAe~